DINAR EMAS SEBAGAI MAHAR!!

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W ATAU TREN MASA KINI?????

 


GROUP (FB) YANG DI IKTIRAF
MENJUAL SERTA MEMBELI DINAR EMAS KGT,BARANG KEMAS,JONGKONG,SURAT PAJAK.
WAKALAH NNM GOLD RESOURCES,KGT
KERAJAAN NEGERI KELANTAN.
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
sumber – Islam.gov.my
Pemberian mahar oleh suami kepada si isteri melambangkan kesungguhan suami terhadap isteri, juga melambangkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri. Antara dalil-dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri ialah :-
firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4
 .Wa 'Ātū An-Nisā' Şaduqātihinna Niĥlatan Fa'in Ţibna Lakum `An Shay'in Minhu Nafsāan Fakulūhu Hanī'āan Marī'āan.

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
( Riwayat Bukhari )
Dari dalil diatas menerangkan pemberian mahar dari suami keatas isteri adalah wajib dan dari hadith diatas ternyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat.
Penggunaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang menyebarkan dahwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyebarkan Islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah.


Mas Kahwin adalah bayaran oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga untuk menunjukkan kesungguhan mengahwininya, serta tidak sewenang-wenangnya memasuki alam perkahwinan tanpa ada rasa tanggungjawab di pihak suami.

 
Salah seorang artis popular yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin ialah M.Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. 13 keping dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana “ingin kembali kepada tradisi islam”. Jika dihitung kembali,13 keping dinar emas masa kini RM10,400++..
Kita andaikan 1 keping Dinar Emas RM800. Bermakna untuk 13 keping dinar emas yang digunakan oleh M.Nasir dengan nilai RM2,000.00 SUDAH MENINGKAT NAIK menjadikan NILAINYA ADALAH RM10,400.00

Sekarang ini pula tren tersebut mula diminati dan diikuti oleh seorang lagi artis terkenal iaitu Irma Hasmie yang juga mengunakan DINAR EMAS sebagai MAS KAHWIN beliau.
Sekarang ini pun kita dah sedia maklum, setiap tahun, nilai mahar (mas kahwin) sentiasa meningkat..selari dengan SUSUTNYA NILAI WANG KERTAS. Kalau zaman orang tua kita dahulu, duit hantaran dalam RM1000++. Tapi zaman kita sekarang ini,wang hantaran RM1,000, orang sekeliling sudah tidak hairan lagi. Apa yang menjadi kebiasaan sekarang ini, nilai duit hantaran BERGANTUNG KEPADA LULUSAN PELAJARAN bakal isteri. Diploma sekarang pun kurang-kurang paling rendah nilainya adalah RM10,000.00, itu belum yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan yang atas-atas lagi.

Jikalau kita SIMPAN WANG KERTAS untuk kahwin, mungkin masa kita dah mula bekerja, baru boleh mula menyimpan. Nilai duit hantaran pada masa sekarang ni, RM10,000.00 (tahun 2012). Dan kita dah simpan RM10,000.00 untuk berkahwin 5 tahun lagi (tahun 2016).

Contoh 1:
Mungkin pada masa 5 tahun akan datang.
Nilai mas kahwin dah naik ke RM15,000.00 atau lebih...
Jadi seperti tidak berbaloi simpanan kita itu.
Kita terpaksa menyimpan tambahan sebanyak RM5,000.00 jika pada masa tu, keluarga mertua meminta RM15,000.00 sebagai wang hantaran.

Contoh 2. 
Seperti mana yang kita sedia maklum,
kenaikan harga emas dalam anggaran 25-60% setahun. 
Cuba kita bayangkan dalam masa 5 tahun. (5 tahun x 25% = 125%).
Banyak kan kenaikan harga emas??? Dalam masa 1 tahun kita boleh simpan 12 dinar emas dengan anggaran harga belian sekeping sekarang ini RM800.00...

Tahun 2012    : RM800.00 x 12 dinar emas = RM9,600.00
Tahun 2013    : RM9,600.00 x 25% = RM2,400.00 + RM9,600.00 = RM12,000.00
Tahun 2014    : RM12,000.00 x 25% = RM3,000.00 + RM12,000.00 =  RM15,000.00

Tahun 2015    : RM15,000.00 x 25% = RM3,750.00 + RM15,000.00 = RM18,750.00 

Tahun 2016    : RM18,750.00 x 25% = RM4,687.50 + RM18,750.00 = RM23,437.50


CUBA ANDA SEMUA BAYANGKAN?????
 
Dengan simpanan dinar pada tahun 2012 sebanyak 12 keping dengan harga RM9,600.00 Nilai dinar kita pada masa 2016 akan datang adalah bernilai RM23,437.50
Jadi,cuba kita fikirkan sejenak mengenai KELEBIHAN MENGGUNAKAN DINAR EMAS SEBAGAI MAHAR!!
Maka,memang BENAR sunnah rasulullah S.A.W menyeru kita menggunakan DINAR EMAS sebagai MAHAR kerana NILAINYA TIDAK AKAN PERNAH MEROSOT!!!











Penggunaan Dinar Emas Dalam Perkahwinan

Penggunaan dinar emas dalam perkahwinan adalah lebih digalakkan kerana:
  • Dinar ialah matawang Islam yang digunakan sejak zaman para Nabi.
  • Penggunaan dinar adalah antara sunnah Rasulullah s.a.w.
  • Mempunyai kenaikan nilai dalam jangka masa panjang.
  • Dapat menyimpan emas sebagai pelaburan jangka panjang.
  • Dapat menaikkan lagi martabat matawang Islam.
  • Setiap dinar emas mempunyai tulisan Jawi di atasnya yang melambangkan dinar sebagai matawang Islam.
dinar emas
Dinar Emas

Dinar emas yang digunakan semasa berkahwin insyaAllah akan meningkat nilainya pada tahun-tahun akan datang. Sebagai contoh perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Syah dengan mas kahwin 3 dinar emas berharga RM2,220. Sekarang ni harganya mungkin masih sebanyak tu. Tahun-tahun akan datang harganya bukan lagi RM2,220 tapi akan meningkat kerana purata kenaikan harga emas adalah lebih kurang 25-60% setahun.

Wang kertas boleh meningkat nilai macam tu? Makin susut nilai adalah semestinya. Ditambah pula dengan harga barang naik, kejap minyak pulak naik harga, lepas tu harga tol pulak naik. Duit yang kita kumpul lama-lama jadi semakin kurang nilai dan tak cukup untuk tampung belanja kenaikan harga semua tu.



Dengan cara ini bukan sahaja SIMPANAN MAHAR malah SIMPANAN kita juga LEBIH TERJAMIN.
Semoga dengan artikel ini, anak-anak muda yang belum berkahwin boleh buka minda mereka dalam kepentingan dan kebaikan dalam penggunaan dinar sebagai MAHAR / SIMPANAN sebagai wang hantaran mereka nanti.
Saya juga selaku Pengurus II, Wakalah NNM GOLD RESOURCES,KGT tidaklah sekadar berkata-kata sahaja kerana saya sendiri AKAN BERKAHWIN PADA 11 NOVEMBER 2012 MENGGUNAKAN DINAR EMAS KGT SEBAGAI MAHAR!!!
 
Cara ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka sebagai simpanan untuk masa depan anak-anak.
Banyak lagi kelebihan dinar emas ini jika dikupas satu persatu. Nilai emas tidak susut seperti nilai mata wang, malah semakin meningkat.
Renung-renungkan.Sekadar berkongsi pandangan serta pendapat dalam ILMU EMAS.
ILMU TIDAK AKAN HABIS JIKA DICARI.... 


"Nasihat saya kepada bakal-bakal suami yang ingin mendirikan rumah tangga pada musim cuti sekolah yang akan datang ini...Berilah SESUATU BARANG YANG BERHARGA kepada bakal isteri anda kerana anda tidak akan rugi serta mendapat pahala kerana menghidupkan kembali Sunnah Rasulullah s.a.w.."
 

Insya'Allah....


"BERSAMA KEMBANGKAN ILMU EMAS"

Yang Benar,

 
            shahril rakeb
.............................................
Shahril Rakeb
Pengurus II
Wakalah NNM GOLD RESOURCES
,KGT

(Rangkaian Wakalah - QSSR GOLD RESOURCES)
H/P: 017-685 4189

0 comments:

Post a Comment